Tuesday 5 June 2012

Pertukangan & Penternakan Haiwan


Kanak-kanak istimewa di sekolah ini turut didedahkan dengan asas pertukangan di bawah bimbingan En.Uzaini b Shamsuli. Setakat ini murid-murid ini telah menghasilkan bekas pensel, rak buku mini, tabung dan pada tahun ini mereka menyediakan rak kunci mini. Hasil kerja tangan murid-murid ini telah dijual sewaktu Hari Usahawan Kelas PPKI sekolah ini.





Bermula dari tahun 2009, murid-murid di kelas ini berpeluang untuk mendekati haiwan jinak iaitu arnab. Reban arnab yang terletak di laman pertanian PPKI telah dibina sebagai permulaan untuk menerapkan budaya kasih dan sayang kepada haiwan. Di bawah seliaan seorang guru yang berpengalaman iaitu Puan Suhana Shariff Fudin, kini murid-murid mampu menguruskan makan, minum dan termasuklah membersihkan najis haiwan ini dengan sendiri tanpa bantuan. Selain itu, projek ini turut menyumbang dana hasil jualan arnab. Arnab yang dipelihara turut disumbang oleh ibu bapa penjaga murid-murid kelas ini. Di samping itu juga, murid-murid telah berpeluang menguruskan proses penjagaan anak-anak arnab sehingga besar.





No comments:

Post a Comment