Thursday 7 June 2012

Kenangan Terindah Kami....2007

    Tahun 2007, kami telah membawa murid-murid PPKI merasai tempat pelancongan tanah tinggi yang berhawa sejuk iaitu di Bukit Tinggi Pahang.
     Lawatan Pendidikan selama 1 hari ini bertujuan mendekatkan anak-anak istimewa mendekati alam semula jadi. Di samping itu, ia turut menerapkan nilai-nilai cintai Alam Sekitar.
    Lawatan ini turut disertai oleh ibu bapa penjaga murid-murid PPKI.
















     Pada tahun ini juga...Hari Keluarga PPKI telah diadakan di Langkawi. Pada hakikatnya ia merupakan kali kedua kami berkunjung ke sana. Namun pada kali ini ia lebih bermakna kerana kami berpeluang membawa murid-murid PPKI merasai pengalaman menaiki kapal terbang Air Asia ke sana. Selain itu, ia turut disertai oleh kelas PPKI SK Mantin dan juga SK Kompleks KLIA.    
















      Program Hari Keluarga ini diadakan bertujuan agar guru dan ibu bapa serta penjaga dapat merapatkan hubungan silaturahim. Selain itu, ia bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid untuk bergaul bersama dengan rakan, guru dan ibu bapa penjaga yang lain dalam satu tempoh yang panjang. Ia juga memberi manfaat kepada mereka untuk mengurus diri dan bersosial dengan masyarakat setempat.




Pantai Chenang...



Aquaria Langkawi


Pengalaman menaiki Cabel Car di Gunung Mat Cincang 

No comments:

Post a Comment