Saturday 30 June 2012

Hari Usahawan PPKI SKDC 2012-part 1

27 Jun 2012....alhamdulilah kami warga PPKI SKDC telah berjaya mengadakan Hari Usahawan dengan meriah sekali. Persedian dan persiapan yang dijalankan dalam masa 2 minggu ternyata tidak sia-sia.

Antara suasana semasa persediaan yang kami guru-guru dan PPM jalankan....






     Sepanjang 2 minggu tersebut..kami sentiasa mengadakan perjumpaan untuk mengetahui perkembangan tugas yang telah ditetapkan. Antaranya bahagian promosi...peralatan....pameran...jemputan sekolah-sekolah...penyediaan menu jualan dan hiasan gerai...dan juga mencari sumbangan.

      Kami amat beruntung sekali mempunyai ibu bapa dan penjaga murid-murid PPKI yang sentiasa menyokong dan memberi kerjasama yang amat baik terutama untuk menjayakan Hari Usahawan ini...Modal untuk jualan yang berbentuk makanan...minuman..bandle....cenderamati terpakai adalah atas sumbangan IKHLAS SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA termasuklah guru-guru dan PPM yang sanggup mengeluarkan wang tanpa berbelah bagi...


Segala keperluan dan kegunaan semasa Hari Usahawan juga dikumpul daripada mereka dan kami guru-guru serta PPM.....Polisterin..plastik pembungkus...cawan dan gelas polisterin....boleh dikatakan serba lengkaplah....


Ini hasil kerja tangan yang sangat kreatif daripada ibu Muhammad Rashwan....    


Walaupun keadaan kelas yang agak dipenuhi dengan barangan...namun kami bersasa teruja untuk berniaga....Besar harapan kami warga PPKI agar dapat mengumpul dana yang banyak untuk anak-anak istimewa di sekolah kami .

1 comment:

  1. Aslmkm. Bleh saye tnye. Cmne saya nk contact dgn pelajar drjah 6 2012. Saya nk contact blik rkn lama saya. TQ

    ReplyDelete