Monday 4 June 2012

Aktiviti Program Pendidikan Khas Sk Desa Cempaka dari Januari 2012 hingga Mei 2012. Bermula dari Program Joging Di Taman Awam Nilai berdekatan dengan sekolah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Ia diadakan pada hari selasa iaitu sama dengan waktu PJK, bertujuan memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas di sekolah kami merasai aktiviti luar yang lebih sihat, di samping menghirup udara segar di pagi hari.
Seronok mereka apabila diberi peluang..... 


Aktiviti warm-up
Sentiasa dalam pengawasan walaupun di tempat awam....


Kata-kata yang memberi perangsang!!!!!

1 comment: