Saturday 16 June 2012

Hari Usahawan PPKI 2011

Bermula 2011...kami warga PPKI SKDC dengan mendapat sokongan penuh daripada Tuan Guru Besar En.Abd Razak Bin Rasdi, ibu bapa penjaga murid-murid PPKI telah mengadakan Hari Usahawan bagi mengumpul dana untuk membolehkan kami menjayakan beberapa projek besar yang telah kami rancang.

       Untuk memulakan sesuatu pasti akan mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit....Alhamdulillah kami amat bertuah di kelilingi insan-insan yang amat prihatin...sedia menyumbang...sanggup bertungkus-lumus semata-mata untuk menjayakan program yang kami anggap mega ini.

Jualan Bundle yang dapat menyumbang pendapat yang agak besar kepada kami...

  Sebelum berlangsung kami mengadakan promosi kepada sesiapa yang ingin menyumbang pakaian terpakai...cenderahati yang masih boleh dijadikan bahan jualan dengan harga yang berpatutan dan boleh dibeli oleh murid-murid SKDC.....buku-buku.....dan pelbagai lagi.


Suasana yang sempat dirakam pada hari tersebut:






PPKI SK Mantin yang turut memeriahkan program kami....terima kasih banyak-banyak atas kunjungan... Sekolah-sekolah jemputan di sekitar nilai turut hadir antaranya ialah SMK Desa Cempaka, SK Desa Jasmin, SK Kompleks KLIA dan SMK Taman Semarak....




   Atas kerjasama daripada guru..PPM...ibu bapa dan penjaga...guru-guru SKDC....murid-murid SKDC.....kami dapat mengadakan Hari Usahawan PPKI untuk julung kalinya dengan jaya....Dana yang dikumpul membolehkan kami mengadakan Hari Keluarga PPKI, Sambutan Hari Lahir Anak-anak Istimewa dan Program Kemuncak Terapi Air Di Tiara Beach Resort Port Dickson.
       Pada 27 Jun 2012 akan datang...Hari Usahawan untuk kali kedua akan diadakan. Segala kekurangan dan kelemahan pada tahun lepas telah dapat kami kenal pasti....untuk tahun ini kami dalam proses persiapan...semoga apa yang kami rancang pada hari tersebut akan berjalan dengan lancar dalam keadaan cuaca yang  baik....Amin...

No comments:

Post a Comment