Saturday 30 June 2012

Hari Usahawan PPKI SKDC 2012-part 1

27 Jun 2012....alhamdulilah kami warga PPKI SKDC telah berjaya mengadakan Hari Usahawan dengan meriah sekali. Persedian dan persiapan yang dijalankan dalam masa 2 minggu ternyata tidak sia-sia.

Antara suasana semasa persediaan yang kami guru-guru dan PPM jalankan....






     Sepanjang 2 minggu tersebut..kami sentiasa mengadakan perjumpaan untuk mengetahui perkembangan tugas yang telah ditetapkan. Antaranya bahagian promosi...peralatan....pameran...jemputan sekolah-sekolah...penyediaan menu jualan dan hiasan gerai...dan juga mencari sumbangan.

      Kami amat beruntung sekali mempunyai ibu bapa dan penjaga murid-murid PPKI yang sentiasa menyokong dan memberi kerjasama yang amat baik terutama untuk menjayakan Hari Usahawan ini...Modal untuk jualan yang berbentuk makanan...minuman..bandle....cenderamati terpakai adalah atas sumbangan IKHLAS SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA termasuklah guru-guru dan PPM yang sanggup mengeluarkan wang tanpa berbelah bagi...


Segala keperluan dan kegunaan semasa Hari Usahawan juga dikumpul daripada mereka dan kami guru-guru serta PPM.....Polisterin..plastik pembungkus...cawan dan gelas polisterin....boleh dikatakan serba lengkaplah....


Ini hasil kerja tangan yang sangat kreatif daripada ibu Muhammad Rashwan....    


Walaupun keadaan kelas yang agak dipenuhi dengan barangan...namun kami bersasa teruja untuk berniaga....Besar harapan kami warga PPKI agar dapat mengumpul dana yang banyak untuk anak-anak istimewa di sekolah kami .

Saturday 16 June 2012

Hari Usahawan PPKI 2011

Bermula 2011...kami warga PPKI SKDC dengan mendapat sokongan penuh daripada Tuan Guru Besar En.Abd Razak Bin Rasdi, ibu bapa penjaga murid-murid PPKI telah mengadakan Hari Usahawan bagi mengumpul dana untuk membolehkan kami menjayakan beberapa projek besar yang telah kami rancang.

       Untuk memulakan sesuatu pasti akan mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit....Alhamdulillah kami amat bertuah di kelilingi insan-insan yang amat prihatin...sedia menyumbang...sanggup bertungkus-lumus semata-mata untuk menjayakan program yang kami anggap mega ini.

Jualan Bundle yang dapat menyumbang pendapat yang agak besar kepada kami...

  Sebelum berlangsung kami mengadakan promosi kepada sesiapa yang ingin menyumbang pakaian terpakai...cenderahati yang masih boleh dijadikan bahan jualan dengan harga yang berpatutan dan boleh dibeli oleh murid-murid SKDC.....buku-buku.....dan pelbagai lagi.


Suasana yang sempat dirakam pada hari tersebut:






PPKI SK Mantin yang turut memeriahkan program kami....terima kasih banyak-banyak atas kunjungan... Sekolah-sekolah jemputan di sekitar nilai turut hadir antaranya ialah SMK Desa Cempaka, SK Desa Jasmin, SK Kompleks KLIA dan SMK Taman Semarak....




   Atas kerjasama daripada guru..PPM...ibu bapa dan penjaga...guru-guru SKDC....murid-murid SKDC.....kami dapat mengadakan Hari Usahawan PPKI untuk julung kalinya dengan jaya....Dana yang dikumpul membolehkan kami mengadakan Hari Keluarga PPKI, Sambutan Hari Lahir Anak-anak Istimewa dan Program Kemuncak Terapi Air Di Tiara Beach Resort Port Dickson.
       Pada 27 Jun 2012 akan datang...Hari Usahawan untuk kali kedua akan diadakan. Segala kekurangan dan kelemahan pada tahun lepas telah dapat kami kenal pasti....untuk tahun ini kami dalam proses persiapan...semoga apa yang kami rancang pada hari tersebut akan berjalan dengan lancar dalam keadaan cuaca yang  baik....Amin...

Thursday 7 June 2012

Kenangan Terindah Kami....2007

    Tahun 2007, kami telah membawa murid-murid PPKI merasai tempat pelancongan tanah tinggi yang berhawa sejuk iaitu di Bukit Tinggi Pahang.
     Lawatan Pendidikan selama 1 hari ini bertujuan mendekatkan anak-anak istimewa mendekati alam semula jadi. Di samping itu, ia turut menerapkan nilai-nilai cintai Alam Sekitar.
    Lawatan ini turut disertai oleh ibu bapa penjaga murid-murid PPKI.
















     Pada tahun ini juga...Hari Keluarga PPKI telah diadakan di Langkawi. Pada hakikatnya ia merupakan kali kedua kami berkunjung ke sana. Namun pada kali ini ia lebih bermakna kerana kami berpeluang membawa murid-murid PPKI merasai pengalaman menaiki kapal terbang Air Asia ke sana. Selain itu, ia turut disertai oleh kelas PPKI SK Mantin dan juga SK Kompleks KLIA.    
















      Program Hari Keluarga ini diadakan bertujuan agar guru dan ibu bapa serta penjaga dapat merapatkan hubungan silaturahim. Selain itu, ia bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid untuk bergaul bersama dengan rakan, guru dan ibu bapa penjaga yang lain dalam satu tempoh yang panjang. Ia juga memberi manfaat kepada mereka untuk mengurus diri dan bersosial dengan masyarakat setempat.




Pantai Chenang...



Aquaria Langkawi


Pengalaman menaiki Cabel Car di Gunung Mat Cincang 

Tuesday 5 June 2012

Pertukangan & Penternakan Haiwan


Kanak-kanak istimewa di sekolah ini turut didedahkan dengan asas pertukangan di bawah bimbingan En.Uzaini b Shamsuli. Setakat ini murid-murid ini telah menghasilkan bekas pensel, rak buku mini, tabung dan pada tahun ini mereka menyediakan rak kunci mini. Hasil kerja tangan murid-murid ini telah dijual sewaktu Hari Usahawan Kelas PPKI sekolah ini.





Bermula dari tahun 2009, murid-murid di kelas ini berpeluang untuk mendekati haiwan jinak iaitu arnab. Reban arnab yang terletak di laman pertanian PPKI telah dibina sebagai permulaan untuk menerapkan budaya kasih dan sayang kepada haiwan. Di bawah seliaan seorang guru yang berpengalaman iaitu Puan Suhana Shariff Fudin, kini murid-murid mampu menguruskan makan, minum dan termasuklah membersihkan najis haiwan ini dengan sendiri tanpa bantuan. Selain itu, projek ini turut menyumbang dana hasil jualan arnab. Arnab yang dipelihara turut disumbang oleh ibu bapa penjaga murid-murid kelas ini. Di samping itu juga, murid-murid telah berpeluang menguruskan proses penjagaan anak-anak arnab sehingga besar.





Monday 4 June 2012

Aktiviti memasak dan berkebun di kelas PPKI

Murid-murid di kelas PPKI turut diberi pendedahan memasak, berkebun, pertukangan, jahitan dan juga penternakan arnab. Aktiviti ini diisi pada slot matapelajaran kemahiran hidup bagi murid-murid yang high -function (boleh menguruskan diri).Ia bermula sejak tahun 2006 lagi. Bagi setiap kemahiran, mereka akan dibimbing oleh seorang guru dan dibantu oleh seorang PPM bagi memudahkan proses pembelajaran.

  
Menghasilkan coklat sendiri...

Inilah hasilnya jika berbudi kepada tanah...



Pemilihan Atlet Daerah Seremban


Pemilihan atlet Pendidikan Khas Daerah Seremban di Kompleks Sukan Paroi Seremban. Seramai 8 orang murid PPKI telah menyertainya. 2 orang guru pengiring. Antara penyertaan murid ialah acara lari 100meter, 200meter, lompat jauh dan lontar peluru.

Muhammad Amirul b Aslan...acara lompat jauh 

Muhamad Hakim b Asmin....acara lompat jauh

  Yang Nurzulaika...lontar peluru


Nuzul Aiman.....lontar peluru

Penyertaan lain bagi acara 100meter....Muhammad Iman b Aslan, Muhammad Firdaus Rizal, Emier Nuramin b Zaini dan juga Ahmad Saffiyan b Md Yusri..
Aktiviti Program Pendidikan Khas Sk Desa Cempaka dari Januari 2012 hingga Mei 2012. Bermula dari Program Joging Di Taman Awam Nilai berdekatan dengan sekolah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Ia diadakan pada hari selasa iaitu sama dengan waktu PJK, bertujuan memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas di sekolah kami merasai aktiviti luar yang lebih sihat, di samping menghirup udara segar di pagi hari.
Seronok mereka apabila diberi peluang..... 


Aktiviti warm-up
Sentiasa dalam pengawasan walaupun di tempat awam....


Kata-kata yang memberi perangsang!!!!!